Ujian Peperiksaan REQT Sarawak 2024 | Contoh Format Soalan Ujian REQT Sarawak Terkini

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang dipanggil untuk menduduki Peperiksaan REQT Sarawak, atau Sarawak State Civil Service Online Recruitment Entry Qualification Test bagi sesi 2024.Ini adalah salah satu tapisan yang perlu dilalui oleh calon untuk dinilai kelayakan sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri Sarawak.

Proses tapisan ini memainkan peranan yang sangat penting bagi memilih calon yang betul-betul layak bagi mengisi jawatan yang ditetapkan.Ujian ini merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat dengan cekap dan efektif dalam sektor awam.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN REQT SARAWAK 

1. Fahami Kehendak Skop Peperiksaan: Memastikan calon faham serta meneliti keseluruhan silibus atau skop ujian. Mulakan dengan bahagian yang anda rasa lemah atau kurang selesa.

2. Membuat Nota Ringkas: Ini dapat membantu calon untuk memahami dan mengingati maklumat dengan lebih lancar.

3. Membuat Latihan Soalan: Cari soalan-soalan latihan atau kertas peperiksaan tahun-tahun lepas yang berkaitan. Ini akan membantu anda memahami format dan jenis soalan yang mungkin keluar.

4. Pengurusan Masa: Latih diri untuk menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan. Ini akan membantu anda untuk tidak kehabisan masa semasa ujian sebenar.

5. Baca Soalan Dengan Teliti: Pastikan anda memahami apa kehendak soalan yang dibaca.Banyak kesilapan sentiasa berlaku kerana calon gopoh dan tidak membaca soalan dengan teliti.

6. Kemudahan Fizikal: Pastikan anda mempunyai semua peralatan yang diperlukan untuk ujian, seperti pen, pemadam, kalkulator, dan lain-lain termasuk talian internet yang bagus.

7. Elakkan Dari Tertekan: Jika anda tidak tahu jawapan kepada soalan tertentu, jangan tertekan. Teruskan dengan soalan lain dan kembali kepada soalan yang sukar itu kemudian jika masa membenarkan. ini memainkan

Peperiksaan REQT Sarawak merupakan salah satu Iangkah penting dalam proses pengambilan calon untuk jawatan dalam perkhidmatan awam di negeri Sarawak. la bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan. kemahiran. dan kecekapan calon dalam pelbagai bidang yang relevan dengan tanggungjawab perkhidmatan awam. 


Apakah Itu Peperiksaan REQT Sarawak? 

Peperiksaan REQT Sarawak (Recruitment Examination and Qualification Test) adalah ujian yang direka untuk menilai kebolehan dan pengetahuan calon yang memohon untuk menyertai perkhidmatan awam di Sarawak. Ujian ini merangkumi pelbagai topik penting yang berkaitan dengan fungsi dan tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Peperiksaan ini adalah salah satu langkah awal dalam proses pemilihan calon yang layak dan berkebolehan untuk jawatan-jawatan tersebut.

Tujuan Peperiksaan REQT Sarawak Diadakan

Tujuan utama Peperiksaan REQT Sarawak diadakan adalah untuk memastikan bahawa calon-calon yang terpilih memiliki pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugas dalam perkhidmatan awam dengan berkesan. Antara tujuan khususnya termasuk: 

Menilai Pengetahuan Am Calon: Ujian ini menilai tahap pengetahuan am calon dalam pelbagai bidang penting seperti sejarah, geografi, perlembagaan, dan teknologi maklumat. 

Menilai Kemahiran Bahasa: Ujian ini juga menguji kecekapan calon dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, yang merupakan bahasa utama yang digunakan dalam urusan rasmi di Sarawak. 

Menilai Kemahiran Berfikir: Soalan-soalan dalam ujian ini direka untuk menilai kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal calon, yang penting untuk membuat keputusan yang berkesan dalam perkhidmatan awam. 

Menentukan Kesesuaian Calon: Peperiksaan ini membantu memastikan hanya calon yang benar-benar layak dan sesuai dipilih untuk mengisi jawatan dalam perkhidmatan awam.

Format Peperiksaan Ujian REQT Sarawak 

Peperiksaan REQT Sarawak terdiri daripada dua bahagian utama. iaitu: 

1) 45 Soalan Objektif Bahasa Melayu
2)45 Soalan Objektif Bahasa Inggeris 

Setiap bahagian mengandungi 45 soalan objektif, menjadikan keseluruhan peperiksaan terdiri daripada 90 soalan. Calon diberi masa selama 1 Jam 30 Minit untuk menjawab semua soalan dalam peperiksaan ini. 

Kandungan Ujian Peperiksaan Online REQT Sarawak

Peperiksaan ini merangkumi pelbagai topik yang penting untuk calon-calon perkhidmatan awam di Sarawak. Berikut adalah topik-topik utama yang diuji:
  • Sejarah Sarawak: Pengetahuan mengenai sejarah penting negeri Sarawak, termasuk peristiwa, tokoh-tokoh, dan perkembangan sejarah yang signifikan.
  • Geografi Sarawak: Pengetahuan mengenai geografi fizikal dan politik Sarawak, termasuk lokasi, sumber alam, iklim, dan ciri-ciri geografi yang unik.
  • Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital: Kefahaman mengenai perkembangan teknologi maklumat, kesan teknologi digital dalam ekonomi, serta penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam.
  • Pengiraan: Kemahiran asas dalam matematik dan pengiraan yang relevan dengan tugas- tugas pentadbiran dan pengurusan.
  • Perlembagaan: Pengetahuan mengenai perlembagaan negeri Sarawak dan Malaysia, undang-undang asas, dan hak-hak serta tanggungjawab warganegara.
  • Perkhidmatan Awam Sarawak: Kefahaman mengenai struktur, fungsi, dan tanggungjawab perkhidmatan awam di Sarawak.
  • Kerajaan Tempatan: Pengetahuan mengenai peranan dan fungsi kerajaan tempatan di Sarawak, termasuk pentadbiran dan pengurusan komuniti.
  • Nilai: Pemahaman mengenai nilai-nlai moral dan etika yang penting dalam perkhidmatan awam seperti integriti,Amanah dan tanggungjawab.
*Jawapan dan Penerangan Lengkap disediakan

Post a Comment

0 Comments