Jawatan Kosong di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) - 22 Februari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI GRED NE1 (PENGURUSAN HASIL) PAIP MARAN

2. PEMBANTU OPERASI GRED NE1 (TERIMAAN) PAIP MARAN

3. PEMBANTU OPERASI GRED NE1 (AGIHAN/PENYELENGGARAAN AM) PAIP BENTONG

4. PEMBANTU OPERASI GRED NE1 (AGIHAN/PENYELENGGARAAN PAIP PECAH) PAIP BENTONG

4. PEMBANTU OPERASI GRED NE1 (PEMATUHAN & KUALITI) PAIP MARAN

5. PEMBANTU OPERASI NE1 (AGIHAN/RUMAH PAM) PAIP MARAN

6. PENOLONG OPERASI NE3 (MEKANIKAL) PAIP MARAN

7. PEMBANTU OPERASI NE1 (KONTRAK) LRA MARAN

8. PEMBANTU OPERASI NE1 (KONTRAK) LRA PAIP TEMERLOH

9. PEMBANTU OPERASI NE1 (SUMBER MANUSIA/STOR) PAIP TEMERLOH

*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup : 22 Februari 2024 (Khamis)


Latar Belakang

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.

PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

Post a Comment

0 Comments