Cara Membuat Rayuan Tidak Lulus STR 2024

Bermula 29 Januari 2024 lalu pembayaran STR Fasa 1 2024 telah dikreditkan secara berperingkat ke akaun penerima yang layak.Tapi ada segelintir pemohon Sumbangan Tunai Rahmah mendapat Status Tidak Lulus STR 2024.

Kerajaan telah membuka permohonan rayuan STR mulai 29 Januari 2024 bagi memberi peluang kepada pemohon untuk membuat rayuan dengan mengemukakan beberapa dokumen bagi menepati syarat kelayakan STR 2024.

Apakah yang dimaksudkan dengan Status Tidak Lulus STR 2024?

Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR 2024 yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.


Tarikh Permohonan Semakan Semula (Tidak Lulus STR 2024)

Permohonan Rayuan STR boleh dibuat mulai 29 Januari 2024 (tertakluk kepada
pindaan dari semasa ke semasa).Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Permohonan Rayuan STR 2024

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan STR adalah:
  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR 2024; atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus STR 2024 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
Kaedah Rayuan STR 2024
  1. Secara Dalam Talian.
  2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Cara Membuat Rayuan STR 2024

Permohonan Rayuan STR secara dalam talian boleh dibuat dengan Log Masuk pada menu MySTR > Permohonan Rayuan.

Log masuk MySTR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya masih belum mendaftar MySTR, rujuk Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran MySTR bagi kaedah pendaftaran MySTR di Portal Rasmi STR , https://bantuantunai.hasil.gov.my

Kod Tidak Lulus STR 2024

Pemohon yang tidak lulus STR 2024 akan menerima status “Tidak Lulus” beserta kod alasan.

Berikut dikongsikan Kod dan Alasan Tidak Lulus STR 2024 :

KodAlasan Tidak Lulus
01Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan/Status Kewarganegaraan.
02Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan.
03Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama/ Nombor Pengenalan
04Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon/ Pasangan tidak sepadan dengan data agensi.
05Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan.
06Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang.
07Semakan agensi mendapati anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.
08Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000.
09Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000 termasuk pendapatan sewa.
10Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500.
11Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500 termasuk pendapatan sewa.
12Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi.
13Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi termasuk pendapatan sewa.
14Pemohon/ Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian.
15Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham.
16Pemohon berdaftar sebagai Pengarah Syarikat.
17Pemohon berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad.
18Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham.
19Pasangan berdaftar sebagai Pengarah Syarikat.
20Pasangan berdaftar sebagai Perkongsian Liabiliti Terhad.
21Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian.
22Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon / Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
23Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon/ Pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
24Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Pemohon/ pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
25Semakan rekod agensi mendapati pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
28Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah yang melebihi RM300,000.
31Pemohon tidak menetap di Malaysia/ bekerja/ belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.
32Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian.
33Pemohon wujud sebagai Pasangan di permohonan lain.
34Pasangan wujud sebagai Pemohon di permohonan lain
35Pasangan wujud sebagai Pasangan di permohonan lain.
38Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan.
39Status Perkahwinan perlu pengesahan
41Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan.
42Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
43Anak meninggal dunia
44Anak tidak menepati syarat kelayakan
48Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon/ pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan
Dokumen Sokongan

Pemohon STR perlu mengemukakan dokumen sokongan bergantung kepada kod alasan tidak lulus STR 2024.

Contoh dokumen yang diperlukan adalah seperti :
  • MyKad pemohon atau pasangan
  • Mykad atau MyKid anak
  • Sijil kelahiran anak (bagi pengesahan status kewarganegaraan)
  • Dokumen pengenalan pasangan
  • Lain-lain dokumen mengikut alasan tidak lulus pemohon
Kadar Bayaran STR 2024

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
  1. Kategori Isi Rumah <RM2500 : RM500
  2. Isi Rumah (RM2500-RM5000) : RM100 – RM300
  3. Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  4. Bujang : RM100

Semakan Status Rayuan STR 2024
  1. Layari Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik Log Masuk
  3. Klik Semak
  4. Pastikan kata kunci keselamatan betul
  5. Masukkan kata laluan
  6. Setelah berjaya log masuk, Klik Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Maklumat akan dipaparkan. Klik Maklumat Bayaran untuk status pengkreditan.
Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai STR Fasa 1 2024
  • Portal Rasmi STR LHDNM: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747.
  • Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566.
  • Alamat Kementerian Kewangan: Presint 2, 62592 Putrajaya​

Post a Comment

0 Comments