Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 31 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara

Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM

Syarat Lantikan:

a) Calon berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

b) Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan DENGAN Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

c) Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.

d) Gaji Pukal : Minimum RM 1,800.00


Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(i) Salinan sijil akademik PMR/PT3/SRP;

(ii) Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;

(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Salinan Kad Pengenalan.

2. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.


Alamat Dan Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Januari 2024 (Rabu) melalui emel :- recruitment@nsc.gov.my

*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 31 Januari 2024 (Rabu)


Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Post a Comment

0 Comments