Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 28 Januari 2024

Jawatan Kosong 2024 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29

Gred C29
Kategori Bukan Akademik
Gaji RM 1,505.00 - 5,696.00

Ringkasan Tugas:

1. Menguruskan urusan pentadbiran pejabat bagi memastikan operasi pejabat Pusat Haiwan Makmal berjalan dengan lancar

2. Memantau dan memastikan tahap kesihatan kesemua haiwan makmal seperti tikus dan mencit dan monyet di dalam keadaan sihat dan aktif.

3. Mengajar pelajar praktikal kursus Medical Laboratory Technology (MLT) PPUM mengikut silibus yang telah ditetapkan.

4. Menyusun dan mengatur penyelidikan di setiap unit agar lebih berkesan

5. Menyediakan flyer promosi untuk Pusat Haiwan Makmal setiap bulan.

6. Memastikan pembuangan sampah biasa dibuang ke dalam tong hitam dan sisa klinikal dibuang ke dalam tong sampah kuning di luar makmal

Kelayakan:

1. Diploma Juruteknologi Makmal Perubatan, atau

2. Diploma dalam bidang kesihatan haiwan dan penternakan atau sains veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.

Tarikh akhir permohonan adalah pada : 28 Januari 2024 (Ahad)


Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar. Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929).

Post a Comment

0 Comments