Ada yang masih belum tahu? Golongan suri rumah boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas daripada kerajaan sehingga RM300 melalui i-Suri KWSP
Ini bertujuan untuk memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Berikut dikongsikan syarat kelayakan, faedah dan cara untuk membuat permohonan i-Suri.
Bantuan Suri Rumah (Insentif i-Suri KWSP)
i-Suri adalah program caruman sukarela bagi wanita yang berdaftar di dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) termasuk suri rumah, balu, ibu tunggal dan bujang.
Ahli KWSP yang layak akan menerima insentif khas maksimum sebanyak RM300 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup atau telah mencapai umur 55 tahun, mana-mana yang terdahulu.
Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada 8 Ogos 2018 dan mula berkuat kuasa pada 15 Ogos 2018 dan dilaksanakan oleh KWSP.
Faedah i-Suri KWSP 2024
Berikut adalah faedah i-Suri KWSP:
Insentif Khas |
|
Dividen Tahunan |
|
Bantuan Kematian |
|
Pelepasan Cukai |
|
- Warganegara Malaysia
- Ahli KWSP
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih
- Pendaftaran secara automatik bagi ahli KWSP baharu yang dipadankan dengan malumat data eKasih
- Pendaftaran kendiri melalui:
- Aplikasi KWSP i-Akaun
- Secara dalam talian d laman web KWSP
- Pendaftaran di Self Service Terminal (SST)
- Hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri (KWSP 16G (M))
Laman Web KWSP | Pejabat KWSP | Self Service Terminal (SST) | KWSP i-Akaun |
Pendaftaran i-Saraan Dalam Talian | Borang Permohonan Pendaftaran Caruman Sukarela i-Saraan / i-Suri – KWSP 16G (M) MyKad | Pendaftaran i-Suri di SST (Rujuk Lokasi SST) MyKad | Pendaftaran i-Saraan / i-Suri melalui aplikasi KWSP i-Akaun |
- Mykad
- Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)
- Aplikasi mudah alih – KWSP i-Akaun
- Perbankan internet
- Kaunter ejen bank – BSN, Maybank, Public Bank, RHB Bank
- Ejen bank berdaftar – (EB) BSN
- Bayaran secara tunai (maksimum RM500)/ cek / draf bank / kiriman wang / wang pos bank di semua kaunter Peresitan Pejabat KWSP
- Bayaran secara kad debit melalui Mobile Team (MT) dan pejabat KWSP
0 Comments