Jawatan Kosong di Tekun Nasional - 29 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional

Jawatan:

1. PEGAWAI EKSEKUTIF

1. JAWATAN
Lantikan kontrak untuk menjadi Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional . Penempatan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

2. KELAYAKAN ASAS

- Warganegara Malaysia.
- Umur di antara 22-45 tahun ( Kecuali Bekas Tentera / Polis ).
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah.


3. KELULUSAN PENDIDIKAN

* Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya


4. PERKARA WAJIB /PENTING! 

* WAJIB meletakkan GAMBAR MUKA dalam resume.

*WAJIB SERTAKAN RESUME SENDIRI bukan resume ringkasan Myfuturejobs / Indeed / Jobstreet .

*SETIAP RESUME AKAN DINILAI, sila kemaskini segala maklumat pendidikan, skill, kemahiran yang ada agar peluang calon terpilih untuk dipanggil menghadiri temuduga tinggi. 

* Tak perlu hantar Motivation Letter.

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Tarikh Tutup Permohonan : 29 Disember 2023 (Jumaat)


Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Post a Comment

0 Comments