Jawatan Kosong di Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan - 19 Disember 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan

Jawatan:

1. JURUTERA AWAM J41

Syarat Lantikan Wajib:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Lantikan:

Kelayakan Masuk : Ijazah Sarjana Muda

Bidang/Kelayakan Khusus : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan : J41 : RM 2,529.00

dan

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM / SVM

dan

Bidang Kelayakan Akademik : Kejuruteraan


Ringkasan Tugas:

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan sistem pengairan, bekalan air, khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam, projekprojek khas dan urusan pentadbiran am pejabat.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Disember 2023 (Selasa), jam 11.59 malam



Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan ditubuhkan di bawah peruntukan dalam Perkara 61 Bahagian Yang Pertama Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. Ia memainkan peranan penting dalam aspek Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kelantan.

Post a Comment

0 Comments