Jawatan Kosong di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan - 15 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
Tempat Kekosongan : Bahagian Sekuriti Makanan,
Kementerian Pertanian Dan
Keterjaminan Makanan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,080.00 
Gaji Maksimum : RM9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i. ijazah sarjana muda yang di iktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
2. PEMBANTU TADBIR GRED N19

Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N19
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Tempat Kekosongan : Bahagian Sekuriti Makanan,
Kementerian Pertanian Dan
Keterjaminan Makanan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,352.00) atau

ii. SPM atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,408.80) atau

iii. SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19 : RM1,464.80).

Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengunakan borang permohonan BP.OS (Seperti di lampiran) dan mohon tulis nama jawatan yang dimohon.

b) Borang permohonan yang lengkap resume bergambar, salinan kad pengenalan dan salinan akademik (yang berkaitan) hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang disahkan oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) dan dikemukakan kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sekuriti Makanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Aras 10, Wisma Tani, Lot 4G1, No.28
Persiaran Perdana Presint 4
62624, Putrajaya


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 November 2023 (Rabu)



Sejarah

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan adalah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. 

Post a Comment

0 Comments