Jawatan Kosong di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) - 18 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed)

Jawatan:

1. EKSEKUTIF
(Kaunselor Berdaftar)

Syarat Lantikan:
  1. Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
  2. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Profesional dalam bidang Kaunseling, Psikologi atau bidang-bidang
  3. lain yang berkaitan.
  4. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil
  5. Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Deskripsi Tugas:
  1. Merupakan seorang Kaunselor Berdaftar Perakuan Amalan.
  2. Berpengalaman bekerja tidak kurang daripada satu (1) tahun dalam bidang berkaitan.
  3. Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi dan
  4. kaunseling kepada klien.
  5. Menyediakan laporan sesi dan aktiviti berkaitan perkhidmatan kaunseling
  6. Menyediakan laporan pemantauan klien bagi tujuan rekod dan pelaporan.
  7. Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.
  8. Melaksanakan aktiviti/program latihan dan urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian dan inventori psikologi.
  9. Melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek
  10. pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
  11. Menjalankan program pembangunan modal insan.
  12. Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan.
  13. Memberi khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
  14. Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.
  15. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  16. Melaksanakan dasar dan polisi berkaitan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dijalankan di peringkat universiti.
  17. Menjalankan lain-lain tugas seperti yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2. EKSEKUTIF 
(Staf Sementara)

Syarat Lantikan:
  1. Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
  2. Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Profesional dalam bidang yang berkaitan.
  3. Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
  4. Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  5. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  6. Berkemahiran menggunakan aplikasi Windows (Microsoft Office, Excel dan Powerpoint) serta perisian-perisian lain seperti Google Workspace atau yang berkaitan.
  7. Berperwatakan menarik, mempunyai kemahiran komunikasi, berdisiplin tinggi, proaktif dan interpersonal yang baik.
  8. Bersedia bekerja dalam pasukan serta berkebolehan melaksanakan tugas pelbagai (multi-tasking).
  9. Bersedia bekerja di luar waktu bekerja dan di luar kawasan dengan pengawasan yang minimum.
  10. Kelebihan kepada calon sekiranya mempunyai lesen kereta yang sah dan boleh memandu kereta.
Deskripsi Tugas:

Jabatan ditempatkan: Bahagian Komunikasi & Korporat
  1. Merangka dan menulis 16 artikel harian sebulan mengikut 4 tema yang ditetapkan (format penulisan yang mudah
  2. difahami) dan relevan dengan platform yang akan digunakan. Sasaran adalah 4 artikel sebulan/tema siaran.
  3. Merangka dan menulis skrip program yang dikendalikan oleh Jabatan.
  4. Menjadi wartawan bagi membuat liputan sebaraang berita/acara di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya.
  5. Membantu dalam urusan acara kendalian Jabatan.
  6. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Jabatan ditempatkan: Bahagian Pentadbiran Operasi & Pembangunan
  1. Menguruskan hal-hal berkaitan perlesenan operasi dan bangunan.
  2. Menjalankan urusan-urusan berkaitan dengan pihak majlis perbandaran.
  3. Membuat perancangan perubahan, tambahan serta ubahsuai bangunan/dinding sekatan.
  4. Menyediakan dokumen bagi proses perolehan kelengkapan/aset, perkhidmatan dan penyewaan bangunan serta
  5. kemudahan internet.
  6. Menyelenggara dokumen perjanjian sewaan bangunan dan membantu urus tadbir Kolej Ke-13.
  7. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon:

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara online melalui sistem career.umcced.(https://career.umcced.edu.my/bm_jawatankosong.php) (link admin ada sediakan link di bawah)

Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2023 (Rabu)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah




Sejarah

Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (bahasa Inggeris: University of Malaya Centre for Continuing Education, dikenali secara kolektif sebagai UMCCed) ialah sebuah pusat akademik di dalam Universiti Malaya (UM). Ditubuhkan pada 1998, UMCCed ialah sebuah pusat di bawah Canseleri Universiti Malaya yang menawarkan program latihan dan pendidikan khusus untuk bekerja di peringkat Diploma Profesional dan Eksekutif, Sijil dan kursus pendek dalam pelbagai bidang.

UMCCed juga merupakan satu-satunya pusat universiti awam yang merintis perkhidmatan dan latihan kejurulatihan yang ditawarkan khusus kepada eksekutif, pegawai pentadbiran, usahawan, jurulatih serta perunding profesional sebagai kaedah yang berkesan dalam meningkatkan produktiviti dan mencapai kecemerlangan organisasi. Selain itu, ia juga menyediakan peluang latihan kepada peserta antarabangsa melalui bengkel, lawatan sambil belajar dan kursus pendek serta berkhidmat sebagai urusetia dan penganjur dalam pengurusan persidangan dan seminar untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa. Kelayakan yang ditawarkan oleh UMCCed diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Post a Comment

0 Comments