Jawatan Kosong di Universiti Putra Malaysia (UPM) - 16 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Putra Malaysia (UPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji : Minimum-Maksimum: RM2, 080.00 – RM9, 546.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,080.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM2,283.43)

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat, Penghulu, Penolong Pengurus Asrama, Penolong Pegawai Tanah atau Penolong Pentadbir Tanah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(i) mempunyai kelayakan di perenggan a (i); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas

Syarat Lain:

a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

d) Syarat umur bagi pertimbangan peningkatan secara lantikan (PSL)
• 54 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
• 56 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
• 58 tahun bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
2. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji : Minimum-Maksimum: RM1,505.00 – RM5,696.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan : RM 1,505.00); atau

(ii) diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,782.91); atau

(iii) diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan : RM 1,858.12); dan

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Makmal adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) (i) Mempunyai kelayakak di perenggan (a); atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas

(b) had umur pelantikan

Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab membantu Pegawai Akademik/ Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dalam bidang berkaitan, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan serta membantu mengendalikan aktiviti-aktiviti makmal terutama dalam perkhidmatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) makmal.

Syarat Umum Permohonan:

(a) Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Kerajaan mestilah berumur tidak melebihi 50 tahun;

(d) Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

(e) Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut :

i. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu (1) peperiksaan; atau

ii. Lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua (2) mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua (2) peperiksaan dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut; dan

iii. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Oktober 2023 (Isnin)




Latar Belakang

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma. Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

Post a Comment

0 Comments