Jawatan Kosong di Universiti Malaya (UM) - 8 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaya (UM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaya

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

Kategori : Bukan Akademik
Gaji : RM 1,797.00 - RM 5,753.00

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelajar dari aspek kuratif, preventif pencegahan, promosi dan pemulihan dalam sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Memberi rawatan kuratif, preventif pencegahan serta perkhidmatan bantuan kecemasan di Klinik Kesihatan termasuk di Jabatan Kemalangan dan Kecemasan. Memberi rawatan awal dan segera serta sokongan bagi semua kes kecemasan dan merujuk kes berkenaan untuk pengendalian selanjutnya kepada Pegawai Perubatan serta memberi perkhidmatan bantuan di pelbagai jabatan Kepakaran dan program-program lain. Mengendalikan perkhidmatan dan peralatan ambulans di klinik kesihatan dalam memberikan perkhidmatan perubatan ‘standby” untuk aktiviti pelajar dan Universiti. 

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia; dan

(d) Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh akhir permohonan adalah pada : 08 Oktober 2023 (Ahad)


Sejarah

Universiti Malaya ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia.[6] Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar. Sejarah universiti ini boleh dikesan ke Singapura, dari Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dan Kolej Raffles (Singapura) (ditubuhkan pada 1929).

Post a Comment

0 Comments