Jawatan Kosong di Tekun Nasional - 18 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Tekun Nasional | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tekun Nasional

Jawatan:

1. JURUAUDIT

Kelayakan Asas:

- Warganegara Malaysia.
- Umur di antara 22-45 tahun ( Kecuali Bekas Tentera / Polis ).
- Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah.

Kelulusan Pendidikan:

WAJIB mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Degree) ATAU Diploma dalam bidang PERAKAUNAN (ACCOUNTING) SAHAJA, keutamaan kepada calon yang mempunyai latar belakang dan pengalaman sebagai juruaudit, namun terbuka juga kepada lepasan ijazah & diploma.


2. JURUTEKNIK PENGHAWA DINGIN

Kelayakan Asas:

1. Berumur tidak kurang 22 tahun
2. Lulus SPM atau setaraf dengannya. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan lulus Matematik & Bahasa Inggeris
3. Mempunyai Sijil Kemahiran dalam bidang berkaitan

Pengalaman & Kemahiran:

1. Mempunyai pengalaman kerja dalam  bidang  berkaitan.
2. Mempunyai pengetahuan asas komputer.


3. PEMBANTU PEGAWAI

Syarat Kelayakan:

-Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja;
-Lulus SPM 
( WAJIB Kredit Bahasa Melayu DAN LULUS Matematik);
-Berumur 22 tahun ke atas hingga 30 tahun sahaja;
-Mempunyai lesen memandu (B2 atau D);
-Seorang yang aktif 
-Boleh kerja secara berkumpulan & individu; dan
-Sertakan RESUME TERKINI & SALINAN KELULUSAN PENDIDIKAN (SPM / DIPLOMA & dll.)

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. 

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Tarikh Tutup Permohonan : 16 & 18 November 2023


Latar Belakang

TEKUN Nasional dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional. Di awal penubuhannya, TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka.

Post a Comment

0 Comments