Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd - 18 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Jawatan:

1. PENYELIA ELEKTRIKAL

Skop Tugas:

1. Membantu melaksana kerja-kerja pengurusan tenaga elektrik di seluruh pepasangan SATU

a. Menerima arahan kerja bagi program pengurusan tenaga

b. Mengaudit penggunaan tenaga dan pengeluaran air

c. Melaksanakan kerja pengujian prestasi pam berdasarkan jadual yang telah ditetapkan.

d. Merekod data pengujian prestasi pam

e. Melaksanakan program berkaitan penjimatan dan pembangunan kecekapan tenaga

f. Melaksanakan kerja pembetulan surcas yang dikenakan oleh pihak TNB dari segipenggunaan faktor kuasa dan kehendak maksima

g. Membantu Pengurus Elekirikal dengan bantuan teknikal ditapak dan pengumpulan data

2. Melaksana dalam kerja-kerja pematuhan Akita Bekalan Elektrik 1990, peraturan-peraturan elektrik 1994, Peraturan-Peraturan Elektrik cekap 2008 Suruhanjaya Tenaga

a. Menyediakan data berkaitan penggunaan tenaga KWH, pengeluaran, m3 bagipelaporan pematuhan Suruhanjaya Tenaga kepada Pengurus Tenaga setiap 6 bulan.

b. Menyelia segala rekod |laporan pematuhan laporan pengurusan tenaga (setiap 6bulan), audit JEK (sebulan 2 kali) dan pengujian geganti perlindungan (setiap 2 tahun)

c. Membantu Pengurus Elekirikal dalam penyediaan polisi kecekapan tenaga.

d. Memastikan pembaharuan pendaftaran pepasangan tidak tamat tempoh.

e. Penyediaan indent bagi kerja audit pepasangan oleh jurutera pelawat (JEK) dan pengujian semula geganti perlindungan.

3. Membantu Pengurus Elektrikal melaksana projek pepasangan baru (Projek Khas/KPLB/JBA/perancangan dan pembangunan baharu, dalaman) pengoperasian semula mahupun menaik taraf sistem bekalan air

a. Membantu Pengurus Elektrikal memohon bekalan elektrik dengan pihak TNE, perlesenan dengan pihak ST pada pepasangan baru

b. Memastikan penyediaan proses dokumen indent dan pembelian barang mengikut kontrak yang ditetapkan

c. Menghadiri sesi pengujian FAT dan pentauliahan (T&C) projek.

d. Menyelia kerja staf bawahan atau kontraktor di tapak sehingga selesai.

4. Menjalankan kerja pensuisan pepasangan voltan rendah.

a. Menjalankan kerja pensuisan bekalan voltan rendah dari segi keperluan projek dan pengurusan tenaga

b. Memastikan kerja dijalankan adalah selamat dan pemakaian PPE yang lengkap ketika menjalankan pensuisan

c. Membuat pelaporan sebelum dan selepas kerja pensuisan dijalankan

5. Lain-lain tugas yang diarahkan

a. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurus.

b. Menjalankan kerja penyelenggaraan (Corrrectipe Maintenance) dan (Preventipe Maintenance) apabila diarahkan.

c. Mengkaji dan mencadangkan peralatan elekirik yang sesuai.

d. Mewakili Pengurus Elektrikal dalam mesyuarat projek dan pengurusan tenaga.

e. Menghadiri latihan yang dianjurkan oleh unit dalaman atau luaran.

f. Menjalankan kerja-kerja pembaikian ke atas (Actuator)
Syarat Kelayakan:

1. ljazah Sarjana Muda Elektrik Kuasa / Diploma Elekirik Kuasa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

2. Berpengalaman sekurang-kurangnya lapan (8) tahun dalam industri berat seperti oil & gas, bekalan air, dan petrokimia.

3. Calon yang memiliki perakuan sijil kompeten Penjaga Jentera Elektrik akan di beri keutamaan.

4. Pengetahuan dalam sistem elektrik terutamanya dalam industri berat seperti bekalaan air, tenaga, kimia.besi, minyak & gas.

5. Kemahiran dalam berkomunikasi dan penulisan;

6. Mestilah mampu bekerja berseorangan dengan penyeliaan yang minimum;

7. Seorang yang mampu bergerak dalam satu pasukan;

8. Berkemahiran dalam penyeliaan, perancangan dan penganalisaan

Cara Memohon:

Calon-calon berminat boleh mengemukakan permohonan CV / resume, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu yang sah (bagi jawatan berkaitan) dan sijil kelulusan akademik/ berkaitan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
atau email kepada career@satuwater.com.my


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Oktober 2023 (Rabu)


Nilai Teras

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Post a Comment

0 Comments