Jawatan Kosong di Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi - 16 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi

Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29

Syarat-syarat kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i. Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iii. Mahir menggunakan Microsoft Office dan Microsoft Excel; dan

iv. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Deskripsi Tugas:

i. Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

Kemudahan:

Gaji Minimum : RM1,510.92
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Caruman : KWSP dan PERKESO

2. PEMBANTU OPERASI


Syarat-syarat kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Mempunyai kelayakan seperti berikut:-

i. Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Deskripsi Tugas:

i. Menjalankan kerja-kerja memasukkan sijil di dalam sampul pos; dan
ii. Menjalankan kerja penghantaran surat.

Kemudahan:

Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Caruman : KWSP dan PERKESO

Cara Memohon:

a) Calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

i. Borang Permohonan Jawatan;

ii. Curriculum Vitae / Resume;

iii. Salinan sijil PMR/SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan

iv. Sijil Vaksinasi

Semua permohonan yang lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP)
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Digital
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 PUTRAJAYA

ATAU

Email ke pengambilan@pdp.gov.my


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Close date : 16 Oktober 2023 (Isnin)



Company Overview

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yang ditubuhkan pada 16 Mei 2011 selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-undang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) iaitu Akta 709.

Post a Comment

0 Comments