Jawatan Kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak - 9 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Taman Negeri Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Taman Negeri Perak

Jawatan:

1. PEMBANTU HIDUPAN LIAR GRED G19

Gred Gaji : RM 1,357.00 — RM 4,008.00

Kumpulan Perkhidmatan :
Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Taraf Jawatan :
Kontrak (Contract Of Service)

(1) Kekasongan :
Perbadanan Taman Negeri Perak

Penempatan :
Unit Taman Negeri Pulau Sembilan

Kelayakan/Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ; dan Pertanian yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM 1,357.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta sijil kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM 1,413.40) atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalan bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19 : RM 1,469.80) atau

3. Calon bagi lantikan hendakiah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerjaan.

4. Syarat-syarat lain:

(i) Keutamaan akan diberikan kepada Rakyat DYMM Sultan Perak. Jika sekiranya pemohon dilahirkan di Luar Negari Perak sila sertakan Salinan Kad Pengenalan Bapa pemohon.

(ii) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sains marin, perikanan, pelancongan/rekreasi, perhutanan/alam sekitar dan komuniti diberi keutamaan.

(iii) Pemohon yang boleh bertutur dan menulis dengan balk dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris adalah digalakkan memohon.

(vii) Permohon perlu berkebolehan untuk mengendalikan komputer dengan baik.

(viii) Terlibat dalam kerja-kerja penguatkuasaan dan kerja lapangan.

(ix) Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri.

(x) Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Taman Negeri di bawah seliaan PerbadananTaman Negeri Perak.
Cara Memohon:

Pemohon yang berminat hendaklah mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau di dalam web rasmi Perbadanan Taman Negen Perak melalui laman sesawang www.royalbelum.my

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Akademik dalam bidang berkaitan, Sijil Berhenti Sekolah, Lain-lain Sijil dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan berserta dengan sekeping gambar terbaharu berukuran passport. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan tersebut hendaklah dipos atau dihantar dengan serahan tangan ke alamat seperti berikut :

PERBADANAN TAMAN NEGERI PERAK
NO. 28, 28A & 28B, JALAN LANG INDAH A/1
PUSAT PERNIAGAAN LANG INDAH
30010 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

Tel : 05-525 3800
Faks : 05-241 1021
E-mel : stateparks@perak.gov.my

Catatan:

Tarikh tulup permohonan pada 09 OKTOBER 2023 (ISNIN).

Permohonan yang lengkap dan disenarai pendek sahaja yang layak dipanggil untuk temuduga, manakala calon-calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dan tarikh iklan ditutup dianggap permohonan mereka tidak Berjaya.

Calon yang dipanggil temuduga perlu membawa sijil asal semasa sesi temuduga dijalankan.

Segala kos pengangkutan adalah dibawah tanggungan sendiri.


* Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Oktober 2023 (Selasa)




Latar Belakang

Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6). Perbadanan Taman Negeri Perak adalah merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Perak. Ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mula beroperasi sebagai perbadanan pada 1 Januari 2004, dengan seorang anggota iaitu pengurus besar.

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam (pemerintahan Raja Reman / Rahman) yang dikenali sebagai Wan Agas. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tok Mekong Gas dan Tok Pulang Hari.


Post a Comment

0 Comments