Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia - 16 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Jawatan:

1. PEREKA (B41)

Jadual Gaji:
Minimum : RM2,095.00
Maksimum : RM9,587.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti; dan

(i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan / atau seni lukis;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred B41 : RM2,095.00 ]; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred B41 : RM2,302.30 ]; 


2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E41)

Jadual Gaji:
Minimum : RM2,083.00
Maksimum : RM9,549.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00 ]; atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57 ]; atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,490.99]; atau

(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,797.62 ]; atau

(v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,797.62 ]; atau

(vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,899.83 ]; atau

(vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia
[ Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM3,002.03 ]; dan

[Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1(c) (v) dan 1 (c) (v) adalah seperti di Lampiran B3A]
3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)

Jadual Gaji:
Minimum : RM2,315.00
Maksimum : RM9,618.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : RM2,315.00 ]; atau

(ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred F41 : RM2,522.44]; atau

(iii) ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institut pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM2,833.78 ]; atau

(iv)ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institutsi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan ialah pada Gred FA29 : RM3,145.11 ]

Cara-cara Memohon:

Permohonan perlu dibuat melalui online (Google Forms). Pemohon hendaklah membaca maklumat lengkap iklan melalui link yang admin sediakan di bawah. Link untuk mohon melalui google forms juga disediakan. 

Tarikh Tutup Permohonan : 16 Oktober 2023 (Isnin)





Sejarah

Semenanjung Malaysia terletak di hujung Benua Asia dengan tanah yang menganjur mensusuri Laut China Selatan dan Selat Melaka. Kedudukan geografi ini menjadikan Malaysia salah satu laluan perdagangan utama dunia. Menyusuri galur warisan kraftangan Malaysia faktor geografi ini berperanan membentuk keperibadian hasil ketukangan kraftangan negara. Pedagang-pedagang dari India, Asia Barat dan China membawa hasil dagangan bersama budaya yang kini mewarnai rupa bentuk kraf tanah air. Abad ke 19 pelbagai seni kraf berkembang di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Tukang-tukang kraf ketika itu bernaung di bawah pengaruh istana dan pembesar-pembesar negeri, menjadikan seni kraf tempatan tidak berkembang dan digunakan sebagai kegunaan istana semata-mata.Tahun 1930 sekumpulan pegawai awam Melayu dan Inggeris telah menubuhkan Persatuan Kesenian dan Pertukangan Melayu Kelantan.

Post a Comment

0 Comments