Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor - 15 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan di Bahagian Pemantauan Projek Dan Kesejahteraan Rakyat bagi jawatan berikut :

Jawatan:

1. PENOLONG JURUAUDIT W29

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,498.00
Gaji Maksimum : RM5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam RM160.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Sara Hidup RM350.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia ;

i) Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92)

ATAU

ii) Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92)

ATAU

iii) Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM1,776,08)

ATAU

iv) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang pentadbiran kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred W29 : RM2,001.68)

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan pengauditan berdasarkan Rancangan Audit Tahunan yang diluluskan terhadap Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri :-

i) Audit Pengurusan
ii) Audit Pengurusan Kewangan (AI)
iii) Audit Prestasi
iv) Pemeriksaan Mengejut
v) Audit Pengurusan Perolehan
vi) Audit Pengurusan Aset dan Inventori
vii) Pemantauan
viii) Susulan Laporan Audit
ix) Pemeriksaan Baki Awal Aset
x) Laporan Khas
Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah menggunakan borang asal UAD 01/2020 yang boleh dimuat turun daripada laman web rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Unit Audit Dalam https://www.johor.gov.my/uad

@ melalui link yang admin banyakjawatan.my sediakan di bawah

2. Borang-borang yang telah lengkap diisi dengan jelas dan terang dengan HURUF BESAR hendaklah disertakan dengan Salinan sah dokumen-dokumen berikut:-

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan
iii) Sijil Berhenti Sekolah/Sijil Persekolahan
iv) Kad Bekas Tentera/Polis (jika ada)
v) Lain-lain Sijil/Surat Akuan berkaitan

3. Permohonan daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi 3 (tiga) tahun terakhir yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan.

4. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Ketua Unit Audit Dalam,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor,
Unit Audit Dalam,
Aras 1, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar,
79503 Iskandar Puteri, Johor.

5. Catatan

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

(c) Segala perbelanjaan kerana menghadiri termuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

(d) Keutamaan adalah daripada calon lelaki.


*Sila baca maklumat iklan perjawatan sebelum memohon melalui online melalui link yang disediakan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2023 (Ahad)




Latar Belakang

Perbendaharaan Negeri Johor berperanan di dalam merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan ke arah kedudukan kewangan negeri yang kukuh dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang pesat serta pengagihan faedah-faedah pembangunan yang saksama di seluruh negeri Johor.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah mula ditubuhkan pada tahun 1855, apabila Temenggong Ibrahim membuka Bandar Iskandar Puteri di Tanjung Puteri. Ketika itu Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan aktiviti perniagaan hasil tanaman lada hitam dan gambir. Pusat Bandar diletakkan di Tanjung Puteri untuk memudahkan kutipan cukai, yang pada masa itu dikawal sendiri oleh Temenggong.


Post a Comment

0 Comments