Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) - 9 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM)

Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
Jadual Gaji N19 : Min : RM 1,352.00 – Max : RM 4,003.00
( Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00 )


2. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

Klasifikasi : Keselamatan Dan Pertahanan Awam
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
Jadual Gaji N19 : Min : RM 1,360.00 – Max : RM 4,052.00
( Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00 )


3. PEMBANTU AWAM GRED H11

Klasifikasi : Kemahiran
Kumpulan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak (Contract For Service)
Jadual Gaji H11 : Min : RM 1,218.00 – Max : RM 2,939.00
( Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00 )

Cara Memohon:

a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM 2.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pasir Mas beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

b. Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan MDPM 1.

c. Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, sijil/diploma/ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

d. Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan Laporan Prestasi.

e. Alamat Permohonan :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PASIR MAS
KOMPLEKS APAM PUTRA
BANDAR BARU PASIR MAS, LUBOK JONG
17070 PASIR MAS, KELANTAN


*Sila rujuk iklan  jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan : 09 November 2023 (Khamis)


Latar Belakang

Majlis Daerah Pasir Mas adalah salah sebuah daripada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu. Ianya ditubuhkan pada 01 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (171) dengan Warta Kerajaan P.U.7/79.

Post a Comment

0 Comments