Jawatan Kosong di Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) - 15 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Padang Terap (MDPT)

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan
Gred Jawatan : JA29
Jumlah Kekosongan : Satu (1)

Jadual Gaji:
Minimum - RM 1,549.00
Maksimum  - RM 5,701.00
Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM 1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29:RM 1,935.02)

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia (SPM / SVM).
Deskripsi Tugas:

i. Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan pembangunan pelancongan daerah Padang Terap yang merangkumi pertumbuhan ekonomi dan keperluan pelancongan.

ii. Mengumpul, merekod dan mengemaskini maklumat berkaitan pelancongan daerah.

iii. Menyediakan pelan roadmap, mengemaskini inventori serta mempromosi secara atas talian pelancongan daerah Padang Terap.

iv. Merancang dan menyusun aktiviti-aktiviti pelancongan serta menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan.

Cara Permohonan Dan Syarat-syarat:

1) Borang permohonan boleh dimuat turun secara percuma di laman web rasmi
https://pbt.kedah.gov.my/index.php/majlis-daerah-padang-terap/ mulai 02 Oktober 2023
(Isnin).

2) Semua maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan hendaklah benar. Jika
terdapat sebarang penipuan di dalam maklumat yang diberikan, permohonan akan
dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenarai hitamkan.

3) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti
berikut:-

a) Sijil Kelahiran
b) Kad Pengenalan
c) Sijil SPM / SVM
d) Sijil Berhenti Sekolah
e) Kelulusan Akademik (Sijil/Diplomal/ljazah) * Mana yang berkaitan dengan jawatan
yang dimohon
f) Transkrip keputusan akhir peperiksaan (Jika Diploma/ljazah sebenar masih belum
diterima)
g) Satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport
h) Dokumen-dokumen sokongan yang lain (jika ada)

4) Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional.

5) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui KETUA JABATAN masing-masing dengan menyertakan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini sepertimana mengikut Peraturan 17 di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

6) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

7) Borang Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23 cm x 32 cm. Dipenjuru atas sebelah kiri sampul surat berkenaan hendaklah ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas, NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2023 (Ahad) Sebelum Jam 3.30 Petang




Sejarah

Merupakan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab merancang, mengawal dan menggalakkan kemajuan seluruh kawasan Padang Terap selaras dengan dasar , objektif, strategi serta program Kerajaan Persekutuan , Kerajaan Negeri dan Majlis Daerah. Kawasan perkhidmatan majlis Daerah padang Terap meliputi sebahagian daripada Padang Terap yang merangkumi Kuala Nerang, Naka, Pedu, Padang Sanai dan pintu masuk Malaysia, Thailand iaitu Durian Burung.

Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 136226.29 hektar bersamaan 332266.49 ekar atau 1362.26 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Post a Comment

0 Comments