Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah - 24 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah

Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI, GRED N11  

(a) Jawatan Pembantu Operasi, Gred N11
(b) Jumlah Kekosongan Satu (01)
(c) Badan Berkanun Negeri Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Sabah Ports Authority)
(d) Taraf Lantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH)
(e) Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
(f) Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
(g) Kadar Upah RM 44.00 (sehari)

Syarat-Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia yang mana salah seorang ibu atau bapanya hendaklah berasal dari Sabah;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ini;

(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2 dan D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].

Syarat Kelayakan Bahasa Malaysia

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas

Merekodkan surat/dokumen yang dibawa keluar untuk pengiriman/penghantaran;

Menghantar, mengambil surat/dokumen daripada luar pejabat seperti Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan, Ahli Lembaga Pengarah, Bank, Pejabat Pos dan agensi lain yang berkaitan;

Membantu urusan perbankan seperti Simpanan Tetap, Petty Cash dan urusan Unit Kewangan yang lain;

Membantu tugas-tugas am di Bahagian Pentadbiran mengikut arahan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon

Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kerja yang boleh dimuat turun di laman web rasmi Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah di http://lpps.sabah.gov.my/downloads atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

Pemohon hendaklah menyertakan salinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan benar.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

Pengurus Besar
Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
Beg Berkunci No. 2005
88617 Kota Kinabalu, Sabah

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dilayan.

Sesi Temuduga

Hanya pemohon yang disenarai pendek selepas tapisan akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Pemohon yang tidak menerima maklumbalas selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Oktober 2023 (Selasa)




Pengenalan

Welcome to Sabah and the Sabah Ports Authority, the golden gateway to Malaysia. The Sabah Ports Authority (SPA) is a state statutory body established in 1968 by the SPA Enactment 1967 which was repealed and replaced by the SPA Enactment 1981. The Authority is under the jurisdiction of the Ministry of Infrastructure Development, Sabah. Sabah Ports Authority will act as the regulatory authority responsible related to port activities and will ensure the terminal operator who operates the server ports in Sabah with the privatisation agreement fully and set standards plus benchmark for port operations comparable with ports in the region.


Post a Comment

0 Comments