Jawatan Kosong di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. - 27 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Positions:

1. JUNIOR EXECUTIVE QUANTITY SURVEYOR (INFRASTRUCTURE)

1. Berintegriti, berdisiplin serta telus dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

2. Menyediakan, memantau dan memastikan operasi KSSB/SBU berjalan mengikut skop dan jadual kerja ditetapkan.

3. Merekod dan membuat laporan bertulis segala insiden yang berlaku yang telah diterima daripada rakan teknikal/ jabatan kerajaan kepada penyelia/pegawai atasan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

4. Merancang dan menyemak keperluan peralatan untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

5. Menyediakan dan menyemak Bill of Quantity (BQ) untuk kerja-kerja penyelenggaraan jalan.

6. Menyemak dan meminta sebut harga dari sub kontraktor dan pembekal bagi pelaksanaan kerja.

7. Membuat lawatan tapak untuk memastikan kerja-kerja yang telah dibuat oleh rakan teknikal dan kontraktor mengikut spesifikasi ditetapkan.

8. Mengkaji secara berterusan dan membuat penambahbaikan kepada amalan kerja dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

9. Menyediakan memorandum/surat/dokumen yang secukupnya untuk sebarang pembayaran kepada pembekal perkhidmatan yang terlibat.

10. Bekerjasama dengan jabatan lain sepanjang operasi penyelenggaraan jalan.

11. Merekod dan menyemak segala tuntutan yang diterima daripada rakan teknikal/ strategik sebelum disahkan oleh pegawai atasan.

12. Melaksanakan segala tugasan yang diarahkan oleh pegawai atasan serta jabatan lain selagi tidak bertentangan dengan SOP dan polisi Syarikat.

Kelayakan Akademik dan Pengalaman:

1. Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan (Quantity Surveying)/Building Surveying/Kejuruteraan Awam atau yang setara.

2. Minima 1 – 2 tahun pengalaman kerja dalam bidang ukur bahan dalam industri terutamanya dalam projek infrastruktur dan jalan raya.
2. EKSEKUTIF KANAN – KESIHATAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN (HSE)

Tugas dan Tangungjawab:

1. Menasihati Pihak Pengurusan berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan Pengurusan Tindakan Bencana dan Kesihatan Pekerjaan.

2. Menilai dan menguruskan kesihatan pekerja, menentukan keperluan untuk rawatan perubatan kepada kakitangan syarikat.

3. Mengekalkan rekod hasil pemeriksaan kesihatan dan menyampaikan penemuan kepada kakitangan terlibat dan pihak pengurusan.

4. Mempromosi ilmu berkaitan amalan Pengurusan Tindakan Bencana dan Kesihatan Pekerjaan kepada semua kakitangan dan menekankan langkah pencegahan dan inisiatif terhadap kesejahteraan.

5. Mengambil bahagian dalam latihan dan membantu dalam pembangunan dan pelaksanaan pelan tindakan kecemasan.

6. Membangunkan dan mengekalkan pelan dan prosedur tindak balas kecemasan yang komprehensif untuk organisasi.

7. Bekerjasama dengan jabatan berkaitan untuk memastikan rancangan kecemasan disepadukan ke dalam keseluruhan strategi kesinambungan perniagaan.

8. Mengkoordinasikan pasukan pengurusan krisis semasa kecemasan, termasuk bencana alam, kemalangan atau krisis kesihatan.

9. Bekerjasama dengan jabatan HRA, dan penyedia penjagaan kesihatan untuk memastikan pendekatan diselaraskan terhadap kesihatan pekerja

Kelayakan Akademik dan Pengalaman:

1. Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kesihatan Am, Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan atau setaraf.

2. Mempunyai sijil/lulus peperiksaan sebagai Safety & Health Officer (SHO) daripada Pusat Latihan yang berdaftar dengan JKKP (DOSH) atau;

3. Memiliki sijil Assistance Medical Review Officer, Occupational Health Nurse dan Train the Trainer akan menjadi kelebihan tambahan atau;

4. Mempunyai minimum 7 tahun pengalaman kerja dalam Pengurusan Kesihatan AM, Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE) sama ada dalam industri berkaitan.

5. Calon mempunyai pengetahuan yang baik tentang peraturan dan undang-undang berkaitan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (HSE)

6. Mempunyai kelayakan Sarjana Muda di dalam bidang Kesihatan Am, Menguruskan Pelan Tindakan Kecemasan dan Sijil Train the Trainer akan menjadi kelebihan tambahan.

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. 

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Close date : 15 - 27 Oktober 2023




Company Overview

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (”KSSB”) adalah organisasi yang bertanggungjawab menguruskan, mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan profesional berkaitan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor. KSSB turut dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi kerja-kerja operasi pam air kolam (" OPAK ") dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya negeri.

Post a Comment

0 Comments