Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 15 November 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Jawatan:

1. PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN

Syarat Kelayakan Akademik:

• Memiliki sekurang-kurangnya sijil pelajaran di Peringkat Sekolah Menengah/SPM/STPM, Diploma atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan.

Bidang Tugas:

• Bekerjasama dengan Pegawai Farmasi dalam melakukan khidmat farmaseutikal yang terbaik kepada komuniti pelanggan di sekitarnya. 

• Membantu Pegawai Farmasi dalam proses pendispensan ubat dan melayan pelanggan.

• Stok inventori termasuk menerima stok, menyemak tarikh luput, menyusun barangan yang sedia ada di farmasi.

• Memastikan dan mengekalkan kebersihan dan kekemasan farmasi.

• Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan sentiasa aktif dalam mempromosikan produk-produk di farmasi kepada pelanggan.

• Membina hubungan baik dengan semua pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang mesra pelanggan.

• Melaksanakan sebarang tugasan dan kerja lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.


2. EKSEKUTIF SOKONGAN PERNIAGAAN

Syarat Kelayakan:

1. Memiliki Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan

2. Mempunyai keperibadian dengan integriti dan kemahiran komunikasi yang baik.

3. Mempunyai minat terhadapt akitviti pemasaran produk.

4. Mempunyai kemahiran komputer yang baik, termasuk penggunaan Microsoft Word dan Excel.

6. Lepasan graduan digalakkan memohon. 

Skop Tugas:

1. Mengenal pasti bakal pelanggan dan mengesyorkan penyelesaian produk yang sesuai kepada pelanggan.

2. Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti jualan dan promosi koperasi di dalam dan di luar cawangan untuk mencapai sasaran jualan.

3. Memenuhi semua permintaan pelanggan dengan segera dan tepat.

4. Berkomunikasi dengan pihak Pengurusan mengenai maklum balas pelanggan.

5. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke masa.

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. 

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober - 15 November 2023


Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.

Post a Comment

0 Comments