Jawatan Kosong di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad - 12 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 21 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Jawatan:

1. PENOLONG EKSEKUTIF KEWANGAN

Taraf Jawatan :  Kontrak
Gaji Permulaan : RM1,623.00 sebulan

Lain-Lain Kemudahan :
i)  Elaun Khidmat Koperasi (EKK)
ii)  Elaun Sara Hidup (COLA)
iii) Kemudahan Perubatan
iv) Lain-lain kemudahan yang sedang berkuatkuasa di  Koperasi.

Akademik:

1 Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma Perakaunan/Diploma Pengurusan Perniagaan/kelayakan profesional LCCI atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Kelayakan:

1. Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan lulus Matematik, serta keutamaan yang lulus Bahasa  Inggeris di peringkat SPM.

2. Fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

3. Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang ini.

4. Sanggup bekerja diluar waktu kerja dan diluar kawasan.

5. Berpengetahuan dalam urusan-urusan perakaunan lengkap

Bidang Tugas:

1. Penyediaan penyata kewangan koperasi

2. Urusan kelulusan dan kawalan kredit (pembiayaan)

3. Pengurusan aset koperasi

4. Penyediaan laporan kewangan dan dokumen berkaitan bagi urusan pihak luar atau pihak ketiga

5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

Syarat Perkhidmatan:

Mengikut Perintah Am Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad.

Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan permohonan (cover letter) dengan memberi maklumat peribadi dan melampirkan salinan siil-sijil, dokumen-dokumen berkaitan serta sekeping gambar terbaru berukuran paspot kepada :

Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad,
Lot 2333, Bangunan Koop Guru Padang Bongor,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
No Telefon : 09-7482481/7448093
(UP: Eksekutif Pentadbiran)
(email : Koperasigururecruitment@gmail.com)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 12 Oktober 2023 (Khamis) Jam 4.00 Petang
Sejarah

Pada tahun 1938 Tengku Mahmood Mahyiddeen telah dilantik sebagai Penguasa Pendidikan Negeri Kelantan atau ‘Superintendent of School’, anak Melayu  pertama di Tanah Melayu memegang jawatan tersebut. Walaupun sangat sebok dengan tugas barunya beliau tidak pernah lupa  tanggung jawabnya untuk meningkatkan taraf hidup guru-guru dalam usahanya untuk melahirkan generasi Melayu yang berilmu dan berpendidikan tinggi melalui sistem pendidikan yang lebih berkualiti. Pada tahun itu juga beliau telah mendorong dan membimbing guru-guru untuk menubuhkan sebuah koperasi yang dinamakan  ‘Sharikat Guru2 Melayu Kelantan Bekerja Sama-Sama Kerana Jimat Chermat dan Pinjaman Wang Dengan Tanggongan Berhad’ atau  “The Kelantan Malay Gurus’ Co-Operative Thrift & Loan Society Limited”, dengan menjadikan KEDAI KITA milik Tengku Mahyiddeen, sebagai pejabat untuk beroperasi.

Post a Comment

0 Comments