Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 25 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29 - 19 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).

Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Oktober 2023 (Rabu) 11:59 malam


Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

Post a Comment

0 Comments