Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar - 5 Oktober 2023 [14 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perkhidmatan Veterinar | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: STPM/SIJIL MATRIKULASI KPM/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29 - 14 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,505.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat principal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

ii. Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,782.91); atau

iii. Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
   
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:  

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:  

(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) had umur pelantikan:  
 
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 
 
Deskripsi Tugas:

Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.

Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2023 (Khamis) 11:59 malam





Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia dan mentadbir hal-hal berkaitan perkidmatan veterinar. Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.


Post a Comment

0 Comments