Jawatan Kosong di Jabatan Perdana Menteri & Pelbagai Kementerian /Jabatan - 5 Oktober 2023 [1094 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perdana Menteri | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perdana Menteri

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PMR / PT3

1. PEMBANTU OPERASI GRED N11 (SEMENANJUNG)1094 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,216.00
Gaji Maksimum : RM2,983.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau

(ii) PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)

Deskripsi Tugas:

1. Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.

2. Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.

3. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2023 (Khamis) jam 11:59 malam


Mengenai Kami

Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi 12 bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Penasihat Undang-Undang, dan Unit Integriti.

Kesemua 12 bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSU (P)) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU (K&P)).

Post a Comment

0 Comments