Jawatan Kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) - 19 Oktober 2023 [16 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA

1. PEGAWAI SYARIAH GRED LS41 (SABAH) - 16 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,418.00
Gaji Maksimum : RM9,607.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

(a) warganegara Malaysia;  

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00); atau  
     
(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00);

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan..
Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab mengendalikan Mahkamah Syariah di peringkat daerah, bertindak sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah, membuat persediaan ‘ground of judgement' kes-kes rayuan, membuat laporan undang-undang untuk terbitan dalam Jurnal Undang-undang Syariah dan mengesahkan perakuan permohonan pembahagian harta pusaka di bawah bidang kuasa yang ditetapkan.

Makluman:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Oktober 2023 (Khamis) jam 11:59 malam



Latar Belakang

3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan Penyusunan Semula  Glossary Link Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-

Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan  Glossary Link Gunasama Pegawai Syariah.

Wujudkan struktur organisasi JKSM.

Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.

Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.

Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.

Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.

Post a Comment

0 Comments