Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - 27 September 2023 [21 Kekosongan]

Temu Duga Terbuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menghadiri temu duga terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN (GRED H11) - 21 Kekosongan

Jawatan : Pemandu Kenderaan (Lelaki Sahaja)
Kekosongan Jawatan : 21
Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak / Tetap
Gred Jawatan/Gaji : Gred H11 / RM1,218.00 - RM2,939.00

Syarat Lantikan:

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurangkurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(b) Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurangkurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(c) Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2, yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

(d) Lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) TIDAK LAYAK.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Umur:

Calon-calon hendaklah berumur 21 hingga 30 tahun pada tahun 2023.

Syarat Pelantikan:

Calon-calon dikehendaki melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas

Dokumen Yang Diperlukan:

Calon-calon dikehendaki membawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut semasa Temu Duga Terbuka:

(i) KAD PENGENALAN;
(ii) SIJIL KELAHIRAN;
(iii) SIJIL PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR);

*SLIP KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3) / PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TIDAK DITERIMA;

(iv) SIJIL DIGITAL LENGKAP VAKSINASI COVID-19;

(v) LESEN MEMANDU KELAS E/E1/E2, YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);

(vi) LESEN MEMANDU DALAM TEMPOH PERCUBAAN (P) TIDAK LAYAK.
(vi) SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT.

Catatan:

(i) Semua dokumen salinan yang dinyatakan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas, Wakil Rakyat / Senator, Pesuruhjaya Sumpah, Penggawa / Penghulu / Temenggung / Ketua Kampung / Tuai Rumah / Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) / Ketua Kaum / Ketua Masyarakat / Penyelia Pembangunan Mukim (PPM). Pengesahan selain daripada kumpulan yang dinyatakan adalah tidak sah;

(ii) Calon dikehendaki berpakaian t-shirt warna putih, seluar panjang sukan (track bottom) berwarna hitam dan kasut sukan;

(iii) Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani Ujian Khas Terbuka (Walk-in) ini; dan

(iv) Hanya calon-calon yang berjaya melepasi semua peringkat Ujian Khas Terbuka (Walk-in) sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.

Jadual Temuduga Terbuka (Walk-In):

Temu duga terbuka akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti di bawah:


Latar Belakang

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi Ibu Kota Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar Raya Kuala Lumpur kini menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama, kebudayaan dan sukan.

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh satu perbadanan tunggal (corporation sole), sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila Kuala Lumpur dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.


Post a Comment

0 Comments