Latihan Amali / Praktikal di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia - 30 September 2023

Peluang Latihan Amali / Praktikal 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia| Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Jawatan:

1. PELAJAR LATIHAN AMALI / PRAKTIKAL

Diploma / ljazah Sarjana Muda berkaitan Komunikasi Massa/Komunikasi dan Pengajian Media/ Media Sosial/ Media Baharu/Komunikasi Strategik/ Perhnubungan Awam/ Penyiaran/ Videografi.

Syarat Kelayakan:

(i) Pengkhususan dalam bidang sosial media / komunikasi massa/ media/ perhubungan awam/ videografi / Multimedia.

(ii) Kemahiran: boleh menggunakan aplikasi capcut / canva/ photoshop/penyuntingan video pantas.

(iii) Mempunyai pengetahuan dan minat dalam pengambaran video/penyuntingan pantas.

(iv) Berkemahiran menggunakan media sosial seperti tiktok, faceboook, Instagram, twitter, youtube dengan baik

(v) Boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris.

(vii) Boleh mengendalikan peralatan kamera video / lighting/ microphone/ Mixer.

(vii) Kreatif dalam merekabentuk grafik dan kandungan media sosial.

(viii) Berpewatakan ceria, semangat berpasukan dan ingin belajar perkara baharu.

Cara Memohon:

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen seperti berikut:

1. Resume: dan

2. Surat kebenaran melaksanakan latihan praktikal daripada pihak universiti.

Dokumen permohonan yang lengkap perlu diemelkan kepada pegawai seperti berikut:

ashrof@spa.gov.my
arina@spa.gov.my
suriana@spa.gov.my
izzatiazmi@spa.gov.my

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.


Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2023 (Sabtu)



Sejarah

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."

Post a Comment

0 Comments