Jawatan Kosong di Yayasan Pelajaran MARA - 6 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Pelajaran MARA | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pelajaran MARA

Jawatan:

1. EKSEKUTIF (GRD Y21)
(Setara Gred 41)

Syarat Kelayakan:

Permohonan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia (Bumiputera) berumur tidak kurang 18 tahun.

Memiliki ljazah Sarjana Muda yang diiktiraf daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,

Cara Memohon:

Sertakan resume bersama salinan kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Pelajaran MARA
Tingkat 17 & 18, Menara MARA
No. 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur
(u.p: Unit Sumber Manusia)


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Oktober 2023 (Jumaat)
Latar Belakang

Dalam tempoh masa 13 tahun pertama penubuhan, fokus YPM lebih tertumpu kepada aktiviti Pengumpulan Harta dan Aset. Tempoh masa 14 tahun seterusnya (1983 - 1997) ialah tempoh masa yang sangat aktif bagi YPM dalam memenuhi maksud dan tujuan penubuhan YPM yang pertama dan kedua iaitu untuk mengadakan kemudahan pelajaran dan latihan bagi Bumiputera, dan untuk menggalakkan pelajaran dan latihan Bumiputera.

Penubuhan kolej pertama iaitu MARA Community College (MCC) di Kuantan, Pahang pada tahun 1983, dan kejayaan perlaksanaan konsep Program "twinning" (2+2) dengan universiti-universiti Amerika Syarikat telah mengorak langkah YPM dengan pengendalian program konsep "twinning" ini dengan universiti-universiti di United Kingdom, Australia, Ireland dan Jepun. Seramai lebih 3,000 orang pelajar telah berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara.

Post a Comment

0 Comments