Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 6 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Akademik:

1. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51/DS53/VK7

Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(d) Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau

Klasifikasi Bidang:

Memiliki kelayakan Bahasa Inggeris;

1) Malaysia University English Test (MUET) - Band 5 / C1 atau;

2) International English Language Testing System (IELTS) - Band 7 atau:

3) any Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) aligned test – C1

Bidang Kepakaran:

1. Linguistic and Applied Linguistics

English Language Studies, TESL, TESOL

English and Communication

English Language & Literature

2. Language Education

Curriculum Development

E-Learning
Syarat Tambahan :

1. Mencapai CGPA 3.00 dan ke atas pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang berkaitan.

3. Memiliki kelayakan Bahasa Inggeris sejajar dengan minimum CEFR C1.

4. Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal dan pembentangan serta minat yang mendalam  terhadap pengajaran, penyelidikan, dan penerbitan.

5. Memiliki kemahiran menggunakan perisian teknologi dalam pengajaran dan penyelidikan.

6. Mempunyai kelayakan tambahan seperti penterjemahan akan diberikan keutamaan.

7. Mempunyai pengalaman pentadbiran(i.e. pengurusan).

8. Berpengalaman mengedalikan latihan (i.e. penceramah/ insructor, facilitator, manager)

9. Calon perlu berpengalaman membina modul pembangunan (i.e. need analyses, module building)

10. Calon perlu pernah terlibat dalam penyelidikan jangka pendek / panjang.

11.Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD).

* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.


Post a Comment

0 Comments