Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pekan - 5 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Pekan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Pekan

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

2. PEMBANTU TADBIR N19

3. PEMBANTU AKAUNTAN W19 (PSH)

4. PEMBANTU PENILAIAN W19 (PSH)

5. PEREKA B19 (PSH)

Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuaturun di laman web Majlis Perbandaran Pekan iaitu https://www.mdpekan.gov.my (link muatturun iklan dan borang admin sediakan di bawah)

2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan :-

i) Sijil Kelahiran
ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang)
iii) Sijil Berhenti Sekolah
iii) Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan
iv) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugastugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu jawatan sahaja.

4. Sila tulis `nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.

5. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN PEKAN
JALAN MAHKOTA
26600 PEKAN BANDAR DIRAJA
PAHANG DARUL MAKMUR
(U.P: JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Catatan Am:

1. Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:

i) Mengemukakan dokumen palsu
ii) Tidak menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Pekan.
iii) Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan.
iv) Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan tidak disahkan.
v) Permohonan diterima selepas tarikh tutup.

2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

4) Sila ambil maklum pengambilan bagi jawatan ‘Contract For Services’ (CFS) dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bukan suatu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap.


* Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Oktober 2023 (Jumaat)


Latar Belakang

Majlis Daerah Pekan ditubuhkan pada 1hb. Julai 1988 bersamaan 17 Dzulkaedah 1408 Hijrah. Encik Hashim bin Abdul Wahab, AMP., PJK., sebagai Yang Dipertua pertama, dibantu oleh 13 orang Ahli Majlis dan 74 orang kakitangan. Dilancarkan secara rasmi oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah, pada 3hb November 1990. Keluasan kawasan MDP adalah kawasan pentadbiran MDP telah diperluaskan melalui warta no. PW 3542 dengan kawasan keseluruhannya ialah 2,351.8km persegi.

Post a Comment

0 Comments