Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) - 26 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Dungun (MPD) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Dungun (MPD)

Jawatan:

1. AKAUNTAN GRED WA41
2. JURUTERA GRED J41
3. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41 (TETAP)
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (TETAP)  
5. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19
7. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
8. PEMANDU KENDERAAN (CONTRACT FOR SERVICE)

Cara-Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui laman web https://kerjampd.empd.gov.my/

ii) Tarikh Tutup Permohonan : 26 September 2023 (Jam 12.00 Tengahari)

Catatan

i) Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

ii) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun berturut-turut hendaklah dikemukakan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN
JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN

iii) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Latar Belakang

MPD telah ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980. Merupakan salah sebuah daripada tujuh (7) buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman. MPD lahir daripada penggabungan Jemaah Bandaran Dungun dan Majlis Mesyuarat Tempatan Paka.

Di awal penubuhan, keluasan asal MPD adalah 72.59 kilometer persegi sahaja.Mulai tahun 1996 Pihak Berkuasa Negeri Terengganu telah mewartakan keseluruhan kawasan Daerah Dungun seluas 2735.04 kilometer persegi sebagai kawasan MPD melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 911, Pelan Warta 550.SUK.TR.572/442/Bhg 2 yang bertarikh 3 Jun 1996. Ianya merupakan 21.11% daripada keluasan Negeri Terengganu dan merupakan daerah kedua (2) terbesar di Negeri Terengganu.

Dengan pertambahan keluasan kawasan MPD mengikut keluasan daerah, kawasan operasi MPD telah diperluaskan menjadi 212.86 kilometer persegi. Lokasi keseluruhan kawasan MPD adalah di kawasan pinggir pantai memanjang dari utara iaitu bersempadanan dengan kawasan Majlis Perbandaran Kemaman di selatan, kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu di sebelah barat dan kawasan Majlis Daerah Marang di sebelah utara.

Post a Comment

0 Comments