Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK) - 29 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Kampar (MDK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Kampar (MDK)

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (PENILAIAN) GRED 41

Jadual Gaji:
Minimum: RM 2,080.00
Maksimum: RM 9,546.00

1. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i) ljazah Sarjana Muda Sains (Pengurusan Harta Tanah) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan alah pada Gred N41: RM2,080.00).

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil VVokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Peningkatan Secara Lantikan 

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penilaian adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir (Penilaian) Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau

ii) lulus Peperiksaan Ikhtisas Bahagian |, Bahagian II dan Bahagian Ill anjuran Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan; dan

(b) had umur pelantikan:

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Cara Memohon:

a. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Kampar atau melayari laman web rasmi Majlis Daerah Kampar di pautan www.mdkampar.gov.my. (admin ada sediakan link muatturun di bawah)

b. Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak, Sijil Tamat Sekolah, Sijil Persekolahan, kelulusan akademik serta dua keping sampul surat beralamat sendiri dengan setem RM1.50.

c. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan.

d. Keterangan lanjut berhubung dengan iklan seperti syarat-syarat lantikan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia Majlis Daerah Kampar pada wakiu pejabat atau melalui telefon 05-4671052, 05-4671059 dan 05- 4871027.

e. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kampar,
Kompleks Pentadbiran MDKpr,
Jalan Iskandar,
31900 KAMPAR, PERAK

Catatan Am:

a. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi tidak akan diterima. Sila nyatakan TIADA atau ' --- ' sekiranya tidak berkaitan;

b. Hanya calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan keputusan pemilihan adalah muktamad;

c. Segala tuntutan perbelanjaan berkaitan dengan permohonan atau temuduga dan permohonan lewat dan tidak lengkap tidak akan dilayan;

d. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah 


Tarikh Tutup Permohonan : 29 September 2023 (Jumaat)




Latar Belakang

Majlis Daerah Kampar (dahulunya Majlis Daerah Kinta Selatan) telah ditubuhkan pada 1.12.1979 apabila berkuatkuasanya Warta Kerajaan Pk.PU 11 bertarikh 24.03.1981.  Dahulunya dikenali sebagai Lembaga Bandaran iaitu cantuman di antara  sebuah Lembaga Bandaran (Kampar) dan tiga buah Majlis Tempatan iaitu Gopeng, Jeram dan Malim Nawar.

Nama Majlis Daerah Kinta Selatan telah ditukar kepada Majlis Daerah Kampar dengan singkatan MDKpr yang telah diluluskan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 403 bertarikh 25 Februari 2009.Penukaran ini adalah selaras dengan pengwujudan daerah baru iaitu Daerah Kampar hasil dari pecahan daerah kecil Gopeng dan Kampar daripada daerah Kinta.Perisytiharan Daerah Kampar telah disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak No. 586, No. 587 dan No.588 bertarikh 23.04.2009.

Post a Comment

0 Comments