Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 6 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak dan keutamaan kepada Anak Negeri Perak

Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N41
2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
3. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19
4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19

Cara Memohon:

Pemohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan (MAIPk-BKPP01/B01) yang boleh didapati melalui laman web https://www.maiamp.gov.my atau dengan mengambil sendiri di kaunter Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 IPOH, Perak.

Sekeping gambar berukuran passport hendaklah dilekatkan di ruang yang telah disediakan pada borang permohonan.

Satu borang permohonan hanya untuk satu jawatan sahaja. Sila gunakan borang yang berasingan jika ingin memohon lebih dari satu jawatan.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan resume, salinan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, lesen memandu, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan, kelulusan akademik dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 6 Oktober 2023 (Jumaat ) ke alamat berikut –

Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak
Tingkat 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(u.p.: Bahagian Khidmat Pengurusan, Sub-Unit Perjawatan)

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan-permohonan yang tidak memberi keterangan lengkap di dalam borang yang
dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan


Tarikh Tutup Permohonan : 6 Oktober 2023 (Jumaat)



Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British.

Post a Comment

0 Comments