Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) - 22 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

Taraf Pelantikan : Kontrak
Gaji & Elaun : RM 3,000.00

Jawatan : Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)
(2 Lelaki/1 Perempuan) - 3 Kekosongan
 
Penempatan
Jabatan Mufti Negeri Selangor 

Syarat Lantikan:

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Anak Selangor atau sepuluh (10) tahun mastautin di Negeri Selangor (tempoh dikira selepas tamat pengajian).

(iii) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
Keutamaan: yang sedang mengambil Ijazah Sarjana
Bidang keutamaan: Al Hadith/ Falak/ Usuluddin

(iv) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

(v) Menguasai Bahasa Melayu/ Bahasa Arab/ Bahasa Inggeris dengan baik; dan

(vi) Keutamaan: Mahir dalam penggunaan aplikasi Microsoft Word/ Excel/ Power Point/ Adobe Photoshop.   

3. Cara Memohon:

(i) Permohonan hendaklah melalui pautan berikut ekerjaya.onlineapp.my mulai tarikh 11 September 2023 (Isnin).

(ii) Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya:

(a) Pengisian link permohonan tidak lengkap; dan
(b) Dokumen yang diperlukan tidak dilampirkan;

(iii) Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 September 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.   

4. Catatan Am:

(i) Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga.

(ii) Ketika hadir sesi temuduga calon hendaklah mengemukakan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

(a) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

(b) Sijil akademik;

(c) Gambar ukuran pasport;

(d) Surat Akuan/pengesahan mastautin pemohon/ibu/bapa bagi pemohon yang lahir di luar Negeri Selangor; dan

(e) Sijil-sijil yang berkaitan.

(i) Pengesahan salinan sijil hanya boleh dibuat oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Nazir Masjid.

(ii) Pengesahan sijil melalui tandatangan 'bagi pihak' akan ditolak.

(f) Rekod Perkhidmatan Pegawai dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan.

(iii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tarikh tutup iklan ini adalah dianggap tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Latar Belakang

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.

Post a Comment

0 Comments