Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) - 14 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ)

Jawatan:

1. PEMANDU RASMI GRED PP10

Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM1,616.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00


Elaun:

Khidmat Awam : RM120.00

ITP : RM400.00

Saraan (COLA) : RM 300.00


1. Syarat Permohonan:


Calon hendaklah memenuhi kelayakan berikut :-

(a) Warganegara Malaysia; dan

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

(c) Bebas daripada sebarang rekod jenayah, penyalahgunaan dadah, tuduhan rasuah (SPRM), keberhutangan serius, muflis dan tindakan tatatertib; dan

(d) Mahir dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris; dan

(e) Memiliki lesen memandu Kellas B2 / B / D / E2 / E1 / E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan; dan LEMBAGA PELABUHAN JOHOR JAWATAN KOSONG 2

(f) Kemahiran dalam membawa kenderaan seperti kereta, van, kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal; dan

(g) Perakuan pemeriksaan kesihatan melalui Laporan perubatan Klinik/Hospital dari panel LPJ.

Cara memohon:

(a) Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Pelabuhan Johor (link admin sediakan di bawah).

(b) Borang permohonan yang lengkap perlu di sertakan bersama-sama dokumen berikut:

(i) Resume dengan Curriculum Vitae (CV) yang mempunyai;

i. Maklumat peribadi,

ii. Kelayakan akademik/ kompetensi (sertakan bersama sijil berkaitan)

iii. Pengalaman kerja

iv. Jangkaan gaji

v. Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport; dan


(ii) Salinan Sijil Kelahiran & Salinan Kad Pengenalan; dan

(iii) Semua salinan sijil-sijil yang disertakan perlu disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan & Profesional yang berkelayakan ; dan

(iv) Laporan Pemeriksaan Kesihatan terkini.


(c) Borang permohonan dan dokumen yang lengkap sahaja akan diproses. Borang yang lengkap diisi dan dokumen terlibat dengan permohonan hendaklah dihantar kepada:


PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

JALAN MAWAR MERAH 2,

PUSAT PERDAGANGAN 2,

81700 PASIR GUDANG,

JOHOR DARUL TA’ZIM

(U.P : Unit Pentadbiran & Sumber Manusia)

Tel: 07-2534000


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 September 2023 (Khamis)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap


Klik Untuk Muatturun Borang Permohonan


Klik Untuk Muatturun Borang Pemeriksaan Kesihatan

Sejarah Penubuhan

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah ditubuhkan pada 1 Januari 1975 di bawah Akta Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1963. LPJ telah memulakan operasinya pada tahun 1977 dan ianya merupakan pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas. Semenjak penubuhannya, LPJ telah mengalami perkembangan yang amat memberangsangkan. Pada tahun 1995, operasi pelabuhan telah diswastakan di bawah Akta Penswastaan 1990 dan bermulalah fungsi LPJ sebagai badan kawal selia terhadap operasi yang dijalankan di pelabuhan.

Di atas keperluan dan permintaan yang tinggi di samping kawasan pantai di Pasir Gudang yang terhad, pihak kerajaan telah mengambil langkah bagi membuka satu lagi pelabuhan di Tanjung Pelepas, di sebelah barat negeri Johor. Pihak kerajaan juga telah meluluskan sebuah syarikat swasta bagi merancang, membina, mengendali dan menguruskan pelabuhan tersebut. Projek pelabuhan kedua tersebut telah dimulakan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, fasa 1 telah disiapkan dan ianya telah memulakan operasinya pada Oktober 1999.


Post a Comment

0 Comments