Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 6 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan:

1. JURUTEKNIK AWAM (GRED J17)

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

1. Warganegara Malaysia;

2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Mempunyai sekurang-kurangnya sijil seperti berikut:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; atau

ii. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia; dan

5. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya (1) tahun dalam bidang berkaitan; dan

6. Berkebolehan dalam mengawasi dan menyelia kerja-kerja pembinaan/pembaikan di tapak bina, menyediakan Bill of Quantity teknikal bagi kerja-kerja penyelenggaraan bangunan dan jalan termasuk menyelia kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan dan berkebolehan melakukan kerja pembaikan asas.

Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran Universiti Islam Selangor yang dikepilkan bersama-sama ini.

2. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama salinan sijil berikut:-

a. Sijil Kelahiran yang telah disahkan;

b. Kad Pengenalan yang telah disahkan;

c. Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang telah disahkan (jika berkaitan);

d. Transkrip Akademik yang telah disahkan (jika berkaitan);

e. Sijil SPM, PMR atau setaraf yang telah disahkan (jika berkaitan);

f. Sijil Berhenti Sekolah Menengah (jika berkaitan);

g. Sijil Kokurikulum;

h. Profil Peribadi/Resume.

3. Permohonan yang tidak mengikut peraturan, tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

4. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

5. Sila kemukakan permohonan melalui e-mel vacancy@kuis.edu.my (borang yang dihantar secara hardcopy tidak akan diproses).

6. Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temuduga melalui emel/ panggilan telefon.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan :  06hb Oktober 2023 (Jumaat)


Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Post a Comment

0 Comments