Jawatan Kosong di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) - 29 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP)

Jawatan:

1. MySTEP SETARAF DIPLOMA

Bil Kekosongan : Satu (1) kekosongan
Kadar Upah Maksimum : RM 1,900.00 Sebulan
Kemudahan : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO

Syarat Kelayakan:

i. Warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 20 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

ii. Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang seni reka grafik/ multimedia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

iii. Bertanggungjawab, komited, kreatif dan boleh bekerja di dalam pasukan dengan pengawasan yang minimun.

iv. Berpengetahuan dalam bidang ICT dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft (Word, Excel & PowerPoint), Adobe (Illustrator, Photoshop, After Effect), Canva dan CapCut

Diskripsi Tugas Utama:

i. Membantu Unit Komunikasi Korporat (UKK) merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai aktiviti, program dengan penyediaan maklumat dan infografik jabata;

ii. Merekabentuk, mentadbir serta mengemaskini bahan pembentangan slaid pembentangan, bunting, banner bagi tujuan program, seminar, majlis peringkat kebangsaan dan antarabangsa mengikut keperluan dari semasa ke semasa; dan

iii. Sebagai pentadbir (admin) media sosial JKKP dalam memantau dan mengemaskini kandungan Facebook, Twitter, Intagram, Tik Tok dan Youtube bagi tujuan promosi aktiviti-aktiviti Jabatan.

Cara Mohon:

Calon-calon berkelayakan dengan syarat-syarat di atas yang berminat untuk memohon diminta untuk mengemukakan permohonan melalui emel projkkp@mohr.gov.my. Mohon sertakan resume, gambar terkini dan salinan sijil pendidikan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan/ panggilan selepas SATU (1) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 September 2023 (Jumaat) sebelum jam 12.00 tengah hari


Pengenalan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor.

Post a Comment

0 Comments