Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - 4 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Jawatan:

1. PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED 29

Jadual Gaji:
Minimum RM2,092.00
Maksimum RM5,830.00
Kenaikan gaji tahunan RM145.00

Elaun:
(a) Khas RM160.00
(b) Perumahan RM300.00
(c) Bantuan Sara Hidup RM350.00

Syarat Lantikan:

(a) Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) Mempunyai Diploma dalam bidang  Komunikasi/Penyiaran/Filem atau Media yang diiktiraf oleh IKIM  daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

(c) Mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan), pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(d) Kelebihan kepada calon yang mempunyai pengalaman tidak kurang daripada satu (1) tahun bagi pemegang Diploma.

(e) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengetahuan yang luas di dalam penyiaran tv/media dan filem;

(f) Mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah (problem solving) dan berfikiran kritis dan kreatif;

(g) Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang penyiaran tv dan media;dan

(h) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya.

Tarikh Tutup Permohonan : 03 Oktober 2023 (Selasa)


2. PEMANDU GRED H11

Jadual Gaji:
Gaji Minimum                 : RM1,336.00
Gaji Maksimum               : RM3,236.00
Kenaikan Gaji Tahunan   : RM80.00

Elaun:
(i) Khas RM95.00
(ii) Perumahan RM300.00
(iii) Bantuan Sara Hidup RM350.00

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia; 

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Mempunyai kelulusan Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, 

(d) Lesen Memandu sekurang-kurangnya Kelas D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; 

(e) Kepujian bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM; dan 

(f) Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua (2) tahun dalam bidang berkenaan

Tarikh Tutup Permohonan : 04 Oktober 2023 (Rabu)


* Sila baca terlebih dahulu iklan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.



Latar Belakang

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ditubuhkan pada 18 Februari 1992 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan bertujuan untuk memberi kefahaman Islam yang tepat melalui pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan. Ia dirasmikan pada 3 Julai 1992 oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Post a Comment

0 Comments