Jawatan Kosong di Co-opbank Pertama - 12 Oktober 2023

Jawatan Kosong 2023 di Co-opbank Pertama | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Co-opbank Pertama

Position:

1. MANAGER/ ASSISTANT MANAGER, TREASURY DEPARTMENT

Kelayakan dan Kemahiran:
  • Meliliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, Perbankan dan Pengurusan Perniagaan atau bidang yang berkaitan.
  • Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang Perbendaharaan dan/atau Pelaburan di institusi kewangan, korporat atau yang setara dengannya.
  • Mempunyai lesen PKMC dan merupakan Ahli Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (PPKM) adalah menjadi keutamaan.
  • Memiliki Pengetahuan teknikal dalam Pengurusan Aset dan Liabiliti.
  • Mempunyai Hubungan baik dengan pelanggan, rakan niaga dan pihak yang terkait dengan operasi dan administrasi Perbendaharaan.
Bidang Tugas dan Tanggungjawab:
  • Memastikan semua aktiviti berkaitan operasi harian seksyen dilaksana mengikut mandat yang ditetapkan.
  • Memastikan pendanaan Co-opbank Pertama (CBP) sentiasa mencukupi untuk memenuhi komitmen dan obligasi harian melalui semakan kepada blotter harian dan kedudukan tunai harian.
  • Membantu Ketua Seksyen (KS) dalam menyediakan bajet tahunan untuk Seksyen ALM dan menyediakan laporan pencapaian bulanan/sukuan/tahunan untuk analisa.
  • Membantu KS menguruskan portfolio dana dalam usaha meningkatkan keuntungan secara keseluruhan serta mengenalpasti peluang-peluang pelaburan/penempatan dana yang akan menjana keuntungan kepada CBP.
  • Memastikan semua aktiviti deposit, penempatan dana dan pasaran wang diuruskan secara teratur, tepat, dan mematuhi GPO serta GP SKM/BNM.
  • Memastikan semua laporan dan pelaporan disediakan dalam tempoh yang ditetapkan untuk dibentang ke Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat Lembaga, ALK dan juga kepada pihak Pengawalselia.
  • Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada Pemeriksa dari SKM/BNM semasa pemeriksaan tahunan atau berkala dan juga dengan Juruaudit Dalaman/ Luar semasa audit tahunan dilaksana.
  • Memastikan hubungan yang baik dengan Pengawalselia (SKM/BNM), Institusi Kewangan, Koperasi, pelanggan (luaran dan dalaman) dan rakan kongsi perniagaan serta memastikan reputasi CBP sentiasa dipelihara.
  • Memastikan pematuhan terhadap nisbah kehematan dan had dalaman seperti yang ditetapkan oleh pengawalselia, badan Regulatori dan CBP.
  • Menyediakan polisi dan prosedur yang mencakupi aktiviti dan skop Seksyen ALM.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui Jobstreet. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Close date : 12 Oktober 2023
Tentang Kami

Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan didaftarkan pada 7 Jun 1950 dengan nama asalnya "The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited". Pada tahun 1959 nama tersebut telah ditukarkan kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai Berhad dan seterusnya pada tahun 1995 telah ditukarkan kepada nama Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan pada tahun 2014 nama tersebut telah ditukarkan kepada nama Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad. 

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Co-opbank Persatuan ke-59 pada 29 April 2018 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) CBP yang melibatkan pertukaran nama CBP dari Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad kepada Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad.

Post a Comment

0 Comments