Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Jawatan:

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN, GRED JA29

Syarat-syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) (i) sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: RM1,549.00); atau

(ii) diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan: RM1,935.02).

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Skim Perkhidmatan:

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara online melalui sistem e- recruitment.(http://erecruitment.sarawak.gov.my) (link admin ada sediakan link di bawah)

Tarikh Tutup Permohonan : 15 September 2023 (Jumaat)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Panduan Permohonan eRecruitment Online

Klik Untuk Login Ececruitment

Klik Untuk Daftar

Sejarah

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu(BDA) 1978, BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak. Kawasan persempadanan BDA meliputi keseluruhan bahagia Bintulu seluas 12,515 sq. kmtermasuk 5 km di luar pantaui Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu : Bintulu dan Tatau.


Post a Comment

0 Comments