Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - 20 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 6 Kekosongan

Gaji Minimum : RM 1,218.00
Gaji Maksimum: RM 2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00

Syarat Lantikan:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii) Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) dan

iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu :

• Lesen D : RM1,264.15
• Lesen Kelas E/E1/E2 : RM1,310.30
• Lesen Kelas F/H : RM1,356.45
• Lesen Kelas G/I : RM1,402.60

6. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

7. Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera dibawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera diliputi oleh skim ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda dan bas.

Cara Memohon:

i) Guna Borang Calon-calon yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di alamat www.ypkt.gov.my @ melalui link yang admin sediakan di bawah

ii) Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada: 

PENGARAH
YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA
TERENGGANU,
JALAN SULTAN OMAR,
20300 KUALA TERENGGANU

Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

i) Gambar berukuran pasport (warna) ;
ii) Salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan yang disahkan ;
iii) Salinan sijil pelajaran yang disahkan ;
iv) Salinan kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Terengganu yang disahkan.

Catatan:

i) Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

ii) Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu di talian 09-6249355/57/58 Samb. 120


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Ogos 2023 (Ahad)


Latar Belakang

Sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 April 1986. Penubuhan adalah dibawah Enakmen Bil. 13 tahun 1985 hasil daripada kelulusan Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 5 Disember 1985.

Ditubuhkan sebagai agensi yang berperanan secara langsung sebagai Pembekal Sumber, Penyokong, Penyebar Maklumat, Pendidik, Katalis, Penyaran Dasar dan Pengkaji bagi mengisi ruang yang masih kosong di samping dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang telah sedia wujud dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masalah - masalah berkenaan melalui kapasiti  Lembaga YPKT selaku Penyelaras, Pelengkap (Complement) dan Penokok Tambah (Supplement).

Post a Comment

0 Comments