Jawatan Kosong di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - 23 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Jawatan:

1. JURURAWAT, GRED U29

i. Taraf Jawatan : Kontrak
ii. Klasifikasi : Skim Perkhidmatan Perubatan USAS
iii. Kumpulan : Pelaksana
iv. Gaji Pokok:
Gred : U29
Gaji Minimum : RM 1,797.00
Gaji Maksimum : RM 5,753.00

Syarat-Syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Ijazah Sarjana Muda / Diploma dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; (Bagi calon Jururawat)

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Calon yang memiliki latar belakang bidang kesihatan adalah diutamakan.

e) Mampu bekerja mengikut sistem shift/waktu kerja pejabat/kerja malam mahupun
pada hari cuti umum.

(f) Memiliki tingkah laku yang baik dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja secara satu pasukan.

(g) Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

(h) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan dan pelajar lepasan universiti digalakkan untuk memohon.

2. PEMBANTU KLINIK, GRED U19

i. Taraf Jawatan : Kontrak
ii. Klasifikasi : Skim Perkhidmatan Perubatan USAS
iii. Kumpulan : Pelaksana
iv. Gaji Pokok:
Gred : U19
Gaji Minimum : RM 1,500.00
Gaji Maksimum : RM 4,052.00

Syarat-Syarat Kelayakan:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia; (Bagi calon Pembantu Klinik-Assistant Nurse)

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(d) Calon yang memiliki latar belakang bidang kesihatan adalah diutamakan.

(e) Mampu bekerja mengikut sistem shift/waktu kerja pejabat/kerja malam mahupun pada hari cuti umum.

(f) Memiliki tingkah laku yang baik dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima dan di bawah tekanan serta bekerja secara satu pasukan.

(g) Bersedia menerima arahan kerja lebih masa sekiranya diperlukan.

(h) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman kerja berkaitan dan pelajar lepasan universiti digalakkan untuk memohon.


Cara Memohon:

(a) Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada:

Naib Canselor
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)
Emel : human_resource@usas.edu.my
(dokumen hendaklah dihantar menggunakan ‘compressed zipped folder’)
Tel: 05-7732250/343

(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta ‘curriculum vitae’ (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut :

i) Butiran peribadi.
ii) Butiran untuk dihubungi.
iii) Kelayakan akademik.
iv) Pengalaman yang berkaitan.

(c) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-

i) Salinan Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.

iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip.
(SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD)
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.

(d) Tarikh tutup : Permohonan terbuka mulai 09 Ogos 2023 sehingga 23 Ogos 2023 sebelum jam 4.30 petang.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.




Pengenalan

Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh. Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. 

Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

Post a Comment

0 Comments