Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 29 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Tourism Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia

Jawatan:

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)
BAHAGIAN PERANCANGAN STRATEGIK, TOURISM MALAYSIA (KLIA)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran Dan Sokongan (N)
Skim Perkhidmatan : Pembantu Setiausaha Pejabat
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Penempatan : Ibu Pejabat, Tourism Malaysia

2. Syarat Lantikan:

Calon-calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Deskripsi Tugas

(a) Memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail;

(b) Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur; dan

(c) Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian dan perisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint dengan baik.


5. Arahan Dan Cara Memohon

i. Log in dipautan; https://hr.tourism.gov.my/apps/recruitment/registration

ii. Daftar pengguna > tetapkan kata laluan > aktifkan akaun (semak e-mel untuk link pengaktifan akaun) > pilih menu Public Login

iii. Log masuk > pilih menu Resume > lengkapkan Resume > memuat naik dokumen-dokumen berdasarkan senarai semak yang dikemukakan

iv. Pilih jawatan yang ingin dimohon.

(b) Gambar yang dimuat naik hendaklah menggunakan gambar berukuran pasport terkini. Selain dari gambar pasport tidak dibenarkan.

(c) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan / agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’ serta mengemukakan salinan terkini Rekod Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun.

(d) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta / Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Ogos 2023 (Selasa).

6. Catatan Am

(a) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(b) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah dianggap tidak berjaya.

(c) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962
(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908
(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


*Sila mohon melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 Ogos 2023 (Selasa)




Pengenalan

Jabatan Pelancongan mula ditubuhkan di bawah Kementerian Perdagangan Malaysia pada tahun 1959. Penglibatan sektor pelancongan dalam Rancangan Malaysia Ke-2 1971-1975 telah menekankan peri pentingnya peranan yang dimainkan industri pelancongan dalam ekonomi Negara.

Pada tahun 1980an, kerajaan telah menunjukkan sokongan kepada sektor pelancongan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada tahun 1987.

Pada 20 Mei 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan atau lebih dikenali sebagai MoCAT.

Post a Comment

0 Comments