Jawatan Kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) - 16 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM)

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Tanggagaji : RM2,251.60 termasuk elaun tetap bulanan.
Taraf Jawatan : Tetap dan Tidak Berpencen.
Lokasi Pejabat : Sarawak

Kelayakan:

i) Diploma atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

ii) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Suruhanjaya;

iii) Mempunyai pengalaman dalam sistem pemfailan dokumen dan pengurusan rekod kewangan.

iv) Berupaya bekerja dalam satu pasukan di bawah pengawasan yang minimum; dan

v) Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kewangan dan pentadbiran pejabat.

Tugas Dan Tanggungjawab:

Penolong Pegawai Tadbir di Pejabat Sarawak adalah bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang
berkaitan pentadbiran dan kewangan, perolehan, serta penganjuran majlis rasmi atau aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Sarawak.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri
beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 16 Ogos 2023 (Rabu) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2023 (Rabu)


Sejarah

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Akta tersebut telah diwartakan pada 9 September 1999. Mesyuarat sulung SUHAKAM diadakan pada 24 April 2000.

Post a Comment

0 Comments