Jawatan Kosong di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) - 21 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Jawatan:

1.  PEGAWAI PERUBATAN GRED 24

Kelayakan:

• 1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

• 2. Memiliki Ijazah dalam bidang perubatan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

• 3. Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

• 4. Memiliki Sijil Pendaftaran Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia;

• 5. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangya 2 tahun dalam bidang perubatan;

• 6. Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki pensijilan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) atau sijil yang setaraf dengannya;

• 7. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan awam atau kesihatan pekerjaan akan diutamakan;

• 8. Bersedia untuk bertugas di seluruh Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Seberang Jaya dan Kuala Terengganu.


Tanggungjawab:

• 1.Merancang, melaksana dan menguruskan program-program pencegahan, perubatan dan pemulihan;

• 2. Menyediakan pandangan perubatan untuk kes Penyakit Khidmat, Bencana Kerja dan Ilat;

• 3. Membuat semakan keputusan Jemaah Doktor dan memantau perjalanan Jemaah Doktor/Jemaah Doktor Rayuan;

• 4. Menilai tahap hilang upaya sebagai Penilai Perubatan;

• 5. Menjalankan promosi berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

• 6. Bertanggungjawab menyemak dan meluluskan permohonan perkhidmatan pemulihan;

• 7. Melaksanakan program latihan pemantapan, garis panduan bagi perkhidmatan pencegahan, perubatan dan pemulihan PERKESO;

• 8. Melaksanakan program latihan untuk pegawai PERKESO;

• 9. Menjadi tenaga pengajar bagi program anjuran Bahagian/ Cawangan PERKESO;

• 10. Terlibat dalam sistem pengurusan faedah perubatan PERKESO;

• 11. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Lingkungan Gaji:

• Min.RM5,600.00-Mak.RM19,000.00

Waktu bekerja:

• 8.00 jam


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2023 (Isnin)



Sejarah

Sejarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sebagai sebuah Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 di bawah Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. PERKESO diamanahkan untuk mentadbir dua skim keselamatan sosial iaiatu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Post a Comment

0 Comments