Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 22 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N48

Jadual Gaji:
RM 5,118.00 (Minimum)
RM 11,634.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM700.00
Imbuhan Tetap Keraian RM550.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00

Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan Ijazah Sarjana Muda

Bidang/Kelayakan Khusus Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Atau

Ijazah Sarjana Muda kepujian.
Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Gaji Permulaan RM5,118.00
DAN

Syarat Bahasa Melayu:

Bidang Keutamaan
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM Sumber Manusia/ Pentadbiran Am/ Pentadbiran Perniagaan/

Pengurusan Kewangan/ Pengurusan Am/ Pentadbiran Awam atau yang berkaitan

Syarat Lantikan Tambahan:

Mempunyai sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman pengurusan dan tadbir urus awam (sumber manusia, pentadbiran am, pengurusan kewangan, pengurusan hartanah, pengurusan korporat)

Deskripsi Tugas:

Pengurusan Audit

a) Menyelaras tugas Unit Audit RAC;

b) Membuat kajian semula terhadap pengurusan, sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi RAC bagi mengetahui fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan semasa;

c) Mengkaji perjalanan pengoperasian RAC dan pelaksanaan program selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan dilaksanakan sepertimana yang dirancang;

d) Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Pengurusan dan Jawatankuasa Audit untuk pertimbangan dan kelulusan;

e) Melaporkan kepada pihak pengurusan berhubung tindakan di atas sesuatu teguran audit;

f) Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh RAC mengambilkira pandangan audit sebelumnya; dan

g) Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit.

Pengurusan Integriti

a) Bertindak selaku pegawai CeIO RAC;

b) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;

c) Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

d) Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di RAC;

e) Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

f) Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 22 Ogos 2023 pukul 12.00 tengah hari.



Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment

0 Comments