Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) - 23 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Manjung

Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM GRED H11
Pemandu Bot (Tanpa Waran Jawatan Tetap) - 2 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,218.00 – Maksimum : RM2,939.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Syarat Tambahan : Bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kelayakan Matematik:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki (sekurang-kurangnya Gred E) bagi Pentaksiran Tingkatan Tiga dan (sekurang-kurangnya Gred D) bagi Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dalam subjek Matematik.

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (on/ine) sahaja dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Laman Portal Perak Digital Negeri Perak di bawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong di https://digital.perak.my.

Catatan Am:

(a) Pihak Majlis berhak menentukan asas-asas tapisan dalam menyenarai pendek calon-calon yang layak dipanggil untuk sesi ujian / temu duga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh iklan ditutup hendakiah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian / temu duga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

(c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat di agensi kerajaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan dokumen berikut semasa dipanggil untuk sesi ujian / temu duga:

(i) Satu salinan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini

(ii) Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini

(iii) Surat perakuan Ketua Jabatan sama ada beliau menyokong / tidak menyokong permohonan jawatan tersebut.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Tarikh Tutup Permohonan : 23 Ogos 2023 (Rabu)


Latar Belakang

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-

Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
Kawasan Kawalan (121.35 km persegi)

Post a Comment

0 Comments